Pembunuh bersiri akhirnya ditemui

SEOUL, 19 SEPT – Polis Korea Selatan telah mengenal pasti suspek dalam salah satu kes siri pembunuhan yang mengemparkan lebih 30 tahun yang lalu selepas 10 orang menjadi mangsa pembunuhan dalam kes tersebut, kata polis hari ini.

Antara tahun 1986 dan 1991, lebih daripada dua juta pegawai polis – dalam kes ini sahaja – di mana mereka telah berusaha untuk mencari suspek berkenaan yang telah merogol dan membunuh seorang wanita di kawasan pedalaman di Hwaseong, selatan Korea.

Mereka telah menyiasat sebahagian daripada 21,000 individu dan telah membandingkan kesan cop jari dengan kira-kira 20,000 lagi lainnya, tetapi tidak menemui apa-apa. Kes ini telah menjadi inspirasi bagi sebuah filem daripada Bong Joon-ho pada tahun 2003 yang telah menjadi box office berjudul ‘Memories of Murder’.

Tetapi dengan menggunakan teknik forensik yang terbaharu dalam mengenal pasti DNA dalam kes yang mengambil tempoh lama untuk diselesaikan itu, pihak berkuasa telah berjaya mengenal pasti Lee Chun-jae, 56, sebagai suspek yang telah membunuh sekurang-kurangnya tiga orang, menurut Agensi Polis Wilayah Gyeonggi Nambu, Ban Gi-soo. Sampel DNA diambil daripada tempat kejadian termasuk pakaian mangsa yang disepadankan dengan Lee, kata polis.

Suspek kini sedang berdepan dengan hukuman gantung seumur hidup bagi kesalahan merogol dan membunuh kakak iparnya pada tahun 1994, tetapi beliau menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan di Hwaseong.

“Saya melahirkan rasa prihatin saya terhadap mangsa dan keluarga mereka, begitu juga kepada masyarakat Korea, kerana tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang berlarutan sehingga tempoh yang lama.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mendedahkan kebenaran sedaya upaya. Mangsa kepada pembunuhan Hwaseong terdiri dalam kalangan remaja sehinggalah wanita yang berusia 70 tahun.” – AFP