Pembunuh bersiri baru bebas laku pembunuhan lagi

BANGKOK, 17 DIS – Polis Thailand sedang memburu pembunuh bersiri yang berkaitan dengan pembunuhan lain selepas dibebaskan kerana berkelakuan baik, kata pihak berkuasa hari ini.

Somkid Pumpuang dijatuhkan hukuman seumur hidup pada 2005 atas pembunuhan lima wanita yang dipercayai terlibat dalam industri hiburan malam dan seks, yang media gelarnya sebagai ‘Jack the Ripper’ Thailand.

Namun lelaki berusia 55 tahun itu dianggap ‘banduan cemerlang’ dan dibebaskan pada Mei, kata Jabatan Penjara Thailand dalam kenyataan hari ini.

Tujuh bulan kemudian pihak berkuasa hendak menangkapnya semula kerana berkaitan dengan pembunuhan pembantu hotel berusia 51 tahun di timur laut Thailand.

Pihak berkuasa juga menawarkan ganjaran sebanyak 50,000 baht (AS$1,650) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapannya. – AFP

Gambar yang disiarkan oleh Polis Diraja Thailand pada 17 Disember menunjukkan Somkid Pumpuang. – AFP