Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pembunuh Facebook’ bunuh diri selepas dikesan

    CHICAGO, 19 April – Lelaki yang dikehendaki kerana membunuh seorang warga emas lelaki di Ohio dan menyiarkan video pembunuhan itu di Facebook, membunuh diri selepas dikesan polis di Pennsylvania.

    Steve Stephens, 37, menjadi buruan seluruh negara berikutan pembunuhan di Cleveland, kelmarin.

    Ia adalah jenayah terbaru disiarkan di Facebook, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai video yang disiarkan di rangkaian sosial terbesar dunia itu dan bagaimana ia boleh dipantau. Rakaman itu kemudian dipadamkan.

    “Stephens dikesan pagi ini oleh anggota polis Pennsylvania di Daerah Erie. Selepas dikejar, Stephen menembak mati dirinya,” kata polis Pennsylvania menerusi Twitter.

    Mejar William Teper Jr., dari Polis Negeri Pennsylvania, bercakap pada sidang akhbar kelmarin, di  ibu pejabat Troop E di Erie, Pa. Lelaki yang dikehendaki kerana membunuh seorang warga emas lelaki di Ohio dan menyiarkan video pembunuhan itu di Facebook, membunuh diri selepas dikesan polis di Pennsylvania. – AP

    Biro Siasatan Persekutuan (FBI) meletakkan Stephens dalam senarai paling dikehendaki dan pihak berkuasa menawarkan ganjaran sehingga AS$50,000 kepada maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

    Stephens menembak mati Robert Godwin Sr, 74, di Cleveland, Ohio, ketika mangsa berjalan pulang ke rumahnya selepas makan malam sempena Easter, kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda