Pembunuh pengawal dijatuhi hukuman mati – Iran

TEHRAN, 5 OGOS – Iran hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan membunuh seorang anggota Pengawal Revolusi semasa tunjuk perasaan pada tahun 2017-18, lapor laman web kehakiman.

“Mostafa Salehi, yang telah membunuh pengawal, Syahid Sajad Shahsanayi dengan menembak semasa rusuhan pada Disember 2017 hingga Januari 2018, dihukum bunuh pagi ini atas permintaan keluarga mangsa,” kata Mizan Online.

Laporan itu mengatakan Salehi telah menembak pasukan keselamatan itu menggunakan ‘senapang berburu’, membunuh Shahsanayi dan mencederakan enam yang lain.

Protes meletus ketika itu kerana rungutan ekonomi pada Disember 2017 dengan beberapa ratus penunjuk perasaan di kota kedua Iran, Mashhad dan beberapa bandar. Protes berskala lebih besar meletus di bandar-bandar lain termasuk Tehran pada hari-hari berikutnya, dengan pihak berkuasa menyekat akses ke perkhidmatan pesanan dalam talian yang berperanan dalam mengatur demonstrasi. – AFP