BALI, Indonesia, 9 Feb – Seorang wanita Amerika yang dihukum penjara Indonesia kerana membunuh ibunya telah menarik balik kenyataan yang dibuat di video YouTube bahawa teman lelakinya yang juga disabitkan salah dalam kes sama, tidak bersalah.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Heather Mack dan peguamnya Yulius Benyamin Seran hari ini berkata kenyataan dalam video itu adalah palsu dan dirakamkan ketika dalam keadaan tertekan. Kenyataan itu mengatakan Mack, 21 tahun sedang membaca ayat-ayat yang ditulis oleh teman lelakinya, Tommy Schaefer.
Dalam siri-siri tiga video yang dihantar minggu lalu, Mack berkata Schaefer cuba melindunginya apabila dia mengaku memukul kepala ibunya yang berusia 62 tahun, Sheila von Weise-Mack, dengan mangkuk buah yang diperbuat daripada logam. – AP