Pembunuhan 43 pelajar, penyeludup dadah ditahan

BANDAR MEXICO, 30 JUN – Mexico telah menahan seorang lelaki yang dikaitkan dengan pembunuhan 43 pelajar yang hilang pada 2014 di negeri Guerrero, beritahu sumber kerajaan kepada AFP semalam.

Kehilangan pelajar menjadi simbol keganasan mengerikan yang membelenggu negara serta hubungan di antara kartel dadah dan pegawai korup.

Angel Casarrubias ‘ditahan pada Rabu lalu di Negeri Mexico,” kata pegawai kerajaan persekutuan, yang meminta namanya tidak disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap mengenai perkara itu. – AFP