Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembunuhan etnik Rohingya terancang – AS

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat (AS), 25 Sept – AS semalam berkata mereka telah menemui bukti mengenai keganasan sistematik oleh tentera Myanmar ke atas etnik minoriti Rohingya, termasuk pembunuhan beramai-ramai dan rogol.

    Jabatan Negara AS telah mengeluarkan laporan ketika AS mengumumkan dana baharu bernilai AS$185 juta untuk pelarian Rohingya semasa mesyuarat di PBB mengenai Myanmar.

    Kajian Jabatan Negara yang telah menemu bual pada April lalu ke atas 1,024 orang dewasa etnik Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran Bangladesh, telah mendapati bahawa dapatan selari dengan laporan-laporan dari kumpulan hak asasi kemanusiaan namun kebanyakannya disimpan dalam perihal peristiwa-peristiwa tertentu.

    Laporan itu telah menghindari daripada menggunakan istilah genosid atau pembersihan etnik untuk menggambarkan pembunuhan beramai-ramai Rohingya, kumpulan yang kebanyakannya beragama Islam yang tertumpu di negeri Rakhine. Mereka tidak diterima oleh ramai penduduk Myanmar yang majoritinya menganut agama Buddha dan Rohingya tidak dianggap sebagai warganegara tersebut.

    “Tinjauan ini mendedahkan bahawa keganasan di utara negeri Rakhine kebelakangan ini adalah gerakan ekstrem pada skala besar dan meluas yang dirancang khas untuk memusnahkan populasi serta menghalau penduduk Rohingya,” kata laporan oleh Biro Perisikan dan Penyelidikan, Jabatan Negara.

    “Skop dan skala operasi ketenteraan itu menunjukkan ia dirancang dan dilaksanakan dengan begitu teliti,” tambahnya.

    “Di sesetengah kawasan, kebanyakan jenayah digunakan dengan taktik yang mengakibatkan korban besar-besaran, misalnya mengunci orang di dalam rumah lalu membakarnya, memagar kesemua kampung-kampung sebelum melakukan tembakan kepada orang ramai atau menenggelamkan bot yang dipenuhi beratus-ratus penduduk rohingya.”

    Laporan itu mengatakan bahawa 82 peratus pelarian yang ditemu bual secara peribadi menyaksikan pembunuhan tersebut, dengan 51 peratus juga melaporkan menjadi mangsa keganasan seksual.

    Jabatan Negara mengatakan bahawa saksi-saksi yang berasal dari pelbagai kampung melaporkan jenayah rogol yang serupa, di mana anggota tentera lelaki akan memaksa semua wanita untuk meninggalkan rumah mereka.

    “Mereka kemudian akan memilih bilangan wanita yang lebih kecil, kira-kira seramai empat atau lima orang, tetapi beberapa pelarian melaporkan sehingga 20 orang, yang mana seramai 15 askar akan membawa mereka ke ladang, hutan, rumah, sekolah, masjid atau tandas untuk merogol mereka secara berkumpulan,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda