Pembunuhan kejam anjing Corgi cetus kemarahan

BEIJING, 16 NOV – Video petugas kesihatan China membunuh seekor anjing peliharaan spesies Corgi dengan tuil selepas tuannya dimasukkan ke dalam pusat kuarantin, mencetuskan kemarahan, dengan pengguna media sosial melahirkan kebimbangan tindakan ekstrem yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mencapai strategi sifar COVID-19 di Beijing.

Tuan anjing telah diarahkan mengasingkan diri di sebuah hotel setelah kes COVID-19 di kesan di perkarangan apartmen mereka di Shangrao, wilayah Jiangxi – respons tidak berkompromi tipikal oleh pihak berkuasa yang terdesak membasmi penularan.

Hari berikutnya, pegawai kesihatan dalam sut hazmat memasuki apartmen mereka dan rakaman CCTV menunjukkan seorang daripada mereka memukul anjing corgi peliharaan wanita itu di kepala dengan tuil.

“Meskipun mereka menganggap anjing itu sebagai ancaman atau pembawa virus, mereka sekurang-kurangnya boleh menjalankan ujian saringan dahulu,” tuan corgi, yang mengenalkan dirinya sebagai Ms Fu, memberitahu sebuah stesen televisyen Shanghai.

Video pembunuhan, dikongsi minggu lalu, mencetuskan gelombang kemarahan ke atas cara pihak berkuasa mengendalikan haiwan semasa menguatkuasakan peraturan pencegahan COVID-19.

Kerajaan tempatan dalam satu kenyataan pada Sabtu, mengatakan ia sudah pun meminta maaf ke atas wanita itu bagi ‘pembuangan bebas bahaya anjing peliharaannya tanpa pemakluman awal’ kepada pemilik haiwan peliharaan – merujuk kepada cara pelupusan sisa bio bahaya melalui kaedah termasuk pembakaran dan pengebumian. – AFP