Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pembunuhan kejam wanita Asia di New York cetus kebimbangan

    NEW YORK, 18 FEB – Dua pembunuhan kejam dalam tempoh kurang sebulan menyebabkan wanita Asia Amerika di Bandar New York City berasa gementar.

    Di kawasan metropolitan di seluruh negara, mereka mengatakan ada sebab yang berterusan untuk mereka sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, lapor Xinhua memetik laporan NBC.

    Sekitar pukul 4 pagi Ahad, Christina Yuna Lee, 35 ditemui mati di dalam bilik airnya ditikam 40 kali selepas seorang lelaki, Assamad Nash, didakwa secara senyap mengekori mangsa ke pangsapurinya di Manhattan, menurut laporan itu.

    Kematiannya menyusul pembunuhan Michelle Go, 40, pada 15 Jan lepas yang ditolak jatuh atas landasan stesen kereta api bawah tanah Times Square ketika kereta api tiba di stesen itu.

    Pada majlis memperingatinya, Datuk Bandar New York City, Eric Adams berkata, “Saya sekali lagi berikrar untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku di bandar kami.”

    Beberapa wanita yang tinggal di bandar itu dipetik sebagai berkata kenyataan seperti itu seolah-olah tidak memberi jaminan.

    Dengan kematian Lee di rumahnya sendiri, mereka mengatakan ruang yang selamat buat mereka di sekitar New York semakin hilang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...