MANCHESTER, United Kingdom, 29 Jan – Ole Gunnar Solskjaer berkata pemburuan trofi adalah lebih penting bagi Manchester United berbanding menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga empat teratas, dengan menyasarkan dua kejayaan pada musim ini.
Kemenangan lapan kali berturut-turut di bawah kendaliannya telah menyaksikan kebangkitan Manchester United pada kempen kali ini yang tampak hambar di bawah kendalian bekas pengurus, Jose Mourinho.
United masih bersaing dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara, selain meningkat dalam kempen liga, Reds kini berpeluang untuk menamatkan saingan di kelompok tiga terbaik dalam saingan Liga Perdana.
Pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino masih dianggap sebagai calon pilihan untuk menggalas tugas di United secara tetap, mendakwa sasaran utama skuad kendalian Solsjkjaer ketika ini adalah kedudukan empat terbaik Liga Perdana berbanding trofi.
Namun, Solskjaer, yang pernah memenangi banyak trofi di Old Tarfford sebagai pemain di bawah kendalian Alex Ferguson, mempunyai pendapat berbeza.
“Saya di sini bukan untuk membincangkan apa yang diperkatakan oleh Pochettino atau pengurus lain tetapi kami akan memburu trofi, sudah tentu kami akan melakukannya,” kata Solskjaer.
“Jika kami tidak menang liga musim ini, kami masih bersaing dalam saingan Piala FA dan kami sudah setentunya akan memenangi Piala FA. Saya berpendapat setiap pengurus mahu memenangi setiap permainan jadi saya tidak fikir apa yang dilakukannya.” – AFP


































