Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    PEMEDAYAN adakan Ramah Mesra Aidilfitri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Persatuan Melayu Kedayan (PEMEDAYAN) hari ini mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Dewan Dubai, Tingkat 2 Airport Mall, Berakas.

    Majlis dimeriahkan dengan lagu PEMEDAYAN dan lagu Selamat Hari Raya versi PEMEDAYAN serta tarian dipersembahkan oleh anak-anak ahli dan ahli jawatankuasa persatuan.

    Yang Di-Pertua PEMEDAYAN, Haji Zainal Abidin bin Tinggal menjelaskan, majlis ini adalah projek pertama dikendalikan oleh Jawatankuasa Tadbir Tertinggi PEMEDAYAN yang baharu yang juga menggabungkan orang lama.

    Menurutnya, PEMEDAYAN akan terus berusaha mengembangkan keahliannya dan mengendalikan pelbagai projek selaras dengan objektif memartabakan budaya, bahasa dan bangsa Kedayan.

    Di samping itu, PEMEDAYAN juga akan bekerjasama dengan puak-puak yang lain di negara ini dengan matlamat mempertahankan identiti Negara Brunei Darussalam dan mendukung wawasan 2035.

    Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian sampul hijau kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

    Ahli PEMEDAYAN semasa bergambar ramai pada majlis tersebut.
    Persembahan nyanyian dari ahli PEMEDAYAN.
    Yang Di-Pertua Persatuan Melayu Kedayan PEMEDAYAN, Haji Zainal Abidin menyampaikan sampul hijau kepada salah seorang anak-anak yatim di majlis itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...