Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemedulian bagi pelajar berkeperluan khas

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 12 April – Untuk memberikan pemedulian dan menitikberatkan pendidikan para pelajar berkeperluan khas, Unit Pendidikan Khas (UPK) telah mengadakan Jerayawara UPK ‘Anak Adalah Anugerah’ di Dewan Seri Kenangan, Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, pagi tadi.

    Lebih 300 orang ibu bapa hadir bagi mengikuti jerayawara pendidikan khas tersebut yang menyasarkan ibu bapa dan penjaga dari Sekolah Menengah Muda Hashim dan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Daerah Tutong.

    Jerayawara yang akan dilaratkan ke beberapa buah sekolah menengah di empat-empat daerah sehingga Mei 2017 itu bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan orang awam mengenai peranan UPK, sistem pendidikan inklusif serta menonjolkan penglibatan dalam sama-sama mendokong keperluan dan bantuan pembelajaran.

    Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir di Dewan Seri Kenangan, Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
    Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir di Dewan Seri Kenangan, Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
    Dayang Kamaliah menyampaikan taklimat mengenai Perkhidmatan Bantuan Khusus Pelajar Ber-keperluan Khas Tahap Tinggi.
    Dayang Kamaliah menyampaikan taklimat mengenai Perkhidmatan Bantuan Khusus Pelajar Ber-keperluan Khas Tahap Tinggi.

    Dengan adanya jerayawara berkenaan, ia akan memberikan peluang kepada pihak sekolah dan juga ibu bapa di setiap tadahan sekolah untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pendidikan khas di samping mendapatkan bantuan serta bimbingan yang lebih berkesan agar pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi maksima mereka.

    Melalui jerayawara tersebut, pihak UPK juga mengadakan sesi konsultasi terbuka untuk para ibu bapa dan penjaga serta orang awam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda