Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pemegang kad StanChart berpeluang menang 1 juta Royal Skies Miles

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Bermula awal Januari lalu hingga penghujung April depan, pemegang kad kredit Standard Chartered (StanChart) akan berpeluang memenangi 1 juta Royal Skies Miles dalam kempen A Million Miles bersama Kad Kredit StanChart.

    Pemegang kad yang membelanjakan jumlah minimum dalam satu transaksi semasa tempoh promosi akan layak mendapat satu peluang cabutan bertuah untuk setiap jumlah minimum yang dibelanjakan dalam satu transaksi.

    Mereka akan menerima lebih banyak peluang bergantung pada perbelanjaan kad kredit mereka.

    Dua kali peluang untuk semua perbelanjaan tempatan, tiga kali peluang untuk berbelanja di mana-mana rakan kongsi program The Good Life bank itu dan lima kali peluang untuk semua perbelanjaan dalam talian dan luar negara.

    Selain hadiah utama 1 juta Royal Skies Miles, 30 hadiah sagu hati iaitu 6,500 Royal Skies Miles juga disediakan untuk dimenangi.

    Di samping itu, hadiah bernilai $500 juga akan diberikan kepada pemenang bertuah setiap bulan dalam tempoh promosi. Ketua Perbankan Swasta dan Perniagaan Pengguna, Jocelane Basir berkata,

    “Dengan kad kredit StanChart, kami mahu mengongsikan kemeriahan ini dengan kempen terbaharu kami yang menampilkan 1 juta Royal Skies Miles untuk pemenang utama.

    “Kad kredit kami diiktiraf dan diterima secara global dengan sistem pengesanan penipuan yang terbaik dan dengan pembukaan semula sempadan, ia adalah masa yang tepat untuk memanfaatkan faedah pada kad kredit kami,” tambah beliau.

    Menurutnya lagi, pelanggan yang berminat untuk memohon kad kredit StanChart semasa tempoh promosi dan membelanjakan jumlah minimum dengan kad kredit baharu mereka semasa tempoh promosi akan layak mendapat beg bagasi American Tourister untuk 100 pelanggan pertama.

    Pemohon kad kredit baharu juga berhak mendapat pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...