Pemenang bertuah promosi MG diumumkan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – GHK Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal sah MG Motor untuk Brunei Darussalam, telah mengadakan cabutan utama bagi Promosi Istimewa Hari Raya MG yang berlangsung di Bilik Pameran MG, di Bangunan Sumbangsih Bahagia, hari ini.

Majlis itu menyaksikan Awang Mohammad Amin bin Ja’afer dipilih sebagai pemenang hadiah bertuah berupa wang tunai $3,000.

Manakala itu, Norarifin bin Dato Paduka Haji Ali Hashim memenangi hadiah kedua berupa wang tunai $1,500 dan Awang Abdul Razak bin Mohd Said memenangi wang tunai $1,000 sebagai pemenang ketiga.

Manakala itu, 16 pemenang lain memenangi $200 dan $100 sebagai hadiah sagu hati.

Cabutan nama-nama pemenang telah dibuat oleh wakil dari Baiduri Finance Berhad iaitu Pengurus Jualan, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Daud.

Seperti beberapa acara cabutan sebelumnya, majlis cabutan dikendalikan berdasarkan garis panduan kesihatan COVID-19 di mana ia disiarkan secara langsung melalui Facebook MG Motor yang membolehkan para peserta menonton acara tersebut secara langsung.

Kempen Promosi Istimewa Hari Raya MG telah berjalan dari April hingga Jun lalu yang bukan sahaja memberi peluang pelanggan untuk membeli model MG pada harga berpatutan malah mengikuti ‘Spin & Grab’ bagi memenangi hadiah menarik.

Haji Mohd Ali mencabut nama salah seorang pemenang dalam majlis yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani