Pemenang Cabaran 30 Days Meal terima hadiah

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Intracorp

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Intracorp (B) Sdn Bhd bersama rakan kongsi jenama, Mayer telah mengadakan pertandingan dalam talian, Cabaran 30 Days Meal yang berjalan sepanjang Jun lalu bersempena Kempen Intracorp Stay Home Stay Safe.

Cabaran berkenaan memberikan peluang kepada cef-cef di rumah yang berminat untuk mengetengahkan kemahiran mereka menyediakan hidangan.

Pertandingan berkenaan dibahagikan kepada tiga pusingan di mana seorang pemenang bertuah dengan resipi menarik yang mengongsikan gambar hidangan dan tag tiga orang rakan akan menerima satu set Mayer Meal Cooker, MMMC01.

Bagi pusingan pertama, tidak ada pemenang di mana tidak ada peserta yang layak berdasarkan kepada keperluan atau syarat yang diberikan, manakala pusingan kedua dimenangi oleh Raquel Garcia Anonuevo dan pusingan ketiga dimenangi oleh Haji Mohammad Kamri bin Haji Samat.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pemasaran Intracorp, Lolita Carman Bito-on.

Lolita menyampaikan hadiah kepada pemenang pusingan kedua Cabaran 30 Days Meal Mayer, Raquel.
Lolita menyampaikan hadiah kepada Haji Mohammad Kamri selaku pemenang pusingan ketiga cabaran.