Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pemenang cabutan bertuah Hyundai dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Kishdore Kumar Pambungal Vijayan telah membawa pulang hadiah berupa tiket penerbangan ke Korea apabila diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah bagi promosi kempen perkhidmatan servis yang berlangsung dari 1 Julai hingga 31 Ogos lalu anjuran Setia Motors.

    Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Adam Shaarill Fred Teo yang membawa pulang hadiah berupa mata ganjaran Royal Skies yang setara dengan tiket penerbangan ke Jakarta, Indonesia. Manakala pemenang ketiga, Lim Eng Kean membawa pulang hadiah berupa penginapan tiga hari dua malam di The Empire Brunei.

    Pemenang-pemenang telah menerima hadiah pada majlis yang diadakan di Pusat Servis Hyundai, Lambak pagi tadi.

    Hadir mencabut undian dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Besar Setia Motors, James Chin. Sementara undian 10 hadiah sagu hati dilakukan oleh Eksekutif Servis, Nur Amal Qahirah.

    Kishdore Kumar, pemilik kenderaan Hyundai Sonata semasa ditemui pihak media menjelaskan bahawa beliau telah menggunakan perkhidmatan di pusat servis Hyundai sejak 10 tahun lalu kerana percaya akan kualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan bagi menjamin kondisi kenderaan yang dipandunya dalam keadaan yang baik lagi memuaskan.

    Seramai 20 orang pelanggan bertuah telah disenarai pendekkan daripada lebih 1,500 nama yang layak menyertai cabutan berkenaan.

    James Chin bergambar ramai bersama para pemenang pada majlis yang diadakan di Pusat Servis Hyundai, Lambak, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...