Pemenang cabutan bertuah Pan Bright terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Pan Bright Travel Service, baru-baru ini, telah memilih pemenang cabutan bertuah bagi Disember 2016 dan penyampaian hadiah telah diadakan di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Di majlis itu, Ketua Jualan Singapore Airlines Brunei, Wong Siaw Ling telah menyampaikan hadiah kepada wakil Ching Lee Ken yang memenangi tiket pergi balik kelas ekonomi ke Singapura tajaan Singapore Airlines.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dua lagi tiket boleh dimenangi bagi cabutan bulanan iaitu tiket pergi balik ke Saigon bagi bulan Januari dan tiket pergi balik ke Singapura bagi bulan Februari.

Manakala hadiah utama bagi bulan Mac adalah sama ada kereta Hyundai ‘Accent’ atau beg eksklusif Hermès ‘Birkin’ tajaan Pan Bright Travel.

 Wong Siaw Ling semasa menyampaikan hadiah kepada wakil Ching Lee Ken.
Wong Siaw Ling semasa menyampaikan hadiah kepada wakil Ching Lee Ken.

Hadiah-hadiah lain bagi cabutan utama berkenaan termasuk tiket penerbangan ke London, Melbourne dan Tokyo yang ditaja oleh Royal Brunei Airlines dan Singapore Airlines.

Promosi cabutan bertuah ini telah bermula 2 September 2016 yang lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mac 2017.