Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 pemenang cabutan bertuah terima hadiah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Seramai 26 orang pemenang bertuah membawa pulang hadiah mereka dalam Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pemenang Cabutan Bertuah Kajian Audiens 2020/2021 yang berlangsung di Pusat Perkembangan Penyiaran, RTB Madang, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan RTB, sesi penyampaian hadiah berkenaan dilaksanakan selama tiga hari iaitu pada 14 hingga 16 Disember dengan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di mana hadiah para pemenang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1, Lim Kim Dien.

    Kajian Audiens yang dibukakan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos itu telah menarik lebih 6,968 orang responden yang mana ia dilaksanakan menerusi dua medium iaitu melalui atas talian dalam laman sesawang rasmi Jabatan Radio Televisyen Brunei, www.rtb.gov.bn, media sosial Facebook dan Instagram RTB.

    Selain daripada itu, borang kaji selidik juga diedarkan secara rawak di sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, tempat awam dan pejabat kerajaan.

    Secara amnya, kajian itu dijalankan untuk mengenal pasti tahap sambutan dan demografi masyarakat di negara terhadap program-program TV dan berita, stesen radio, penggunaan RTBGo dan penerimaan kualiti siaran.

    Hasil kajian menunjukkan 85 peratus daripada keseluruhan responden menonton saluran RTB dan sebanyak 90 peratus pendengar stesen Radio RTB dan mengikuti Berita yang diterbitkan oleh RTB.

    Manakala, pengunaan RTBGo juga sudah mencapai 54 peratus iaitu ada peningkatan 12 peratus dari tahun sebelumnya.

    Dayang Nurul Fakhriah binti Abu Hasrah memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah Kajian Audiens RTB. – Gambar serahan RTB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda