Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pemenang Choose DST dirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Seramai 10 orang pemenang bertuah telah diraikan dalam kempen Choose DST Grand Lucky Draw yang dianjurkan Datastream Digital Sdn Bhd (DST), hari ini.

    Dalam cabutan bertuah tersebut, Dayang Azlin Saleha binti Mohd Abihu Rairah memenangi hadiah wang bernilai $10,000, diikuti pemenang kedua Awangku Khairul Aziman bin Pengiran Haji Mohaimin yang membawa pulang wang bernilai $5,000, tempat ketiga dengan wang $1,000 dimenangi Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon dan tempat keempat dan kelima masing-masing dengan wang $500 dimenangi Awang Luqman Hakim bin Haji Othman serta Awang Ahmadi Syukri bin Haji Mohd Sabli.

    Manakala peserta yang memenangi hadiah sagu hati ialah Dayang Siti Rafidah binti Awang Takong, Awang Mohd Hazwan bin Juneri, Dayang Nurul Farhanah binti Hamdan, Dayang Siti Kermilah binti Haji Mahari dan Dayangku Rosnita binti Pengiran Haji Muhammad.

    Hadir untuk merasmikan Choose DST Grand Lucky Draw ialah Ketua Pegawai Eksekutif DST, Raden Sufri Raden Basiuni.

    Dalam kenyataan yang diterima DST, mengatakan pemenang telah dipilih menerusi undian awal yang diadakan pada awal minggu ini melalui @dstbn Instagram dan Facebook.

    Choose DST diadakan khas untuk mereka yang beralih kepada DST daripada pembekal perkhidmatan mereka untuk melanggan mana-mana produk DST, Easi, Freedom dan Infinity.

    Mereka yang beralih kepada DST mulai 5 September 2021 hingga 15 Januari 2022 secara automatik layak menyertai Choose DST Lucky Draw di mana mereka berpeluang memenangi hadiah bernilai $10,000.

    DST ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengambil bahagian dalam kempen Choose DST dan beralih kepada DST.

    Raden Sufri bergambar ramai bersama pemenang Choose DST Grand Lucky Draw yang dianjurkan DST kelmarin. – Gambar serahan DST
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...