Pemenang ‘Dine & Win a Trip for 2’

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Nasib ternyata berpihak kepada Dayang Nurul Syafiqah apabila memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk dua orang ke Thailand setelah diumumkan sebagai pemenang utama dalam cabutan bagi Kempen ‘Dine & Win a Trip for 2’ yang dianjurkan oleh Restoran Ayamku dengan kerjasama Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd.

Pada majlis cabutan yang berlangsung di Cawangan Restoran Ayamku di Lambak, petang hari ini, Dayang Nuramalina binti Haji Tengah dan Awang Mohammad Raiyan bin Abdullah masing-masing memenangi tiket penerbangan ke Singapura dan ke Kota Kinabalu Sabah untuk dua orang selaku pemenang kedua dan ketiga.

Manakala itu, 10 orang pemenang bertuah lainnya membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar Soon Lee bernilai $50.

Hadir bagi menyampaikan hadiah pada para pemenang ialah Pengurus Eksekutif Restoran Ayamku, Ong Boon Hoo.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Jualan dan Pemasaran Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd, Ng Boon Wee.

Cabutan Ayamku ‘Dine & Win a Trip for 2’ 2019 telah bermula pada awal Mei lalu hingga penghujung Jun.

Gambar beramai para pemenang bersama pengurus Restoran Ayamku dan Kingston Beverage.