Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pemenang Go Big Home dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Ivy Han diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Kempen Go Big Home dan membawa pulang baucar Novena bernilai $5,000 pada majlis cabutan pemenang kempen yang berlangsung di Gadong Electrical & Furniture, hari ini.

    Cabutan nama-nama pemenang pusingan akhir kempen bagi memilih pemenang hadiah utama dan 14 pemenang bertuah itu dilakukan oleh Perunding Jualan Intracorp, Lolita Carman Bito-on dan wakil pengamal media di negara ini.

    Manakala pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah baucar jenama Samsung bernilai $4,000 yang dimenangi oleh Wong Soon Ching diikuti baucar Electrolux bernilai $3,000 yang dimenangi oleh Hajah Fazeda binti Haji AbdulKhan.

    Sementara pemenang tempat ketiga dan keempat ialah Pengiran Dr Muhammad Nadzir bin Pengiran Mohd Juanda dan Dayang Rohaya binti Haji Osman yang masing-masing membawa pulang hadiah berupa baucar Philips $2,000 dan baucar Mayer bernilai $1,000.

    Cabutan berkenaan turut menyaksikan lima lagi pemenang bertuah yang membawa pulang baucar Intracorp/Electrical bernilai $500 dan lima lagi pemenang membawa pulang baucar Novena Furniture bernilai $500.

    Kempen anjuran Intracorp yang telah berlangsung hampir tiga bulan itu berjaya mengumpul lebih 12,000 borang penyertaan.

    Intracorp mengalu-alukan orang ramai mengunjungi bilik pameran untuk mengetahui lebih lanjut lagi produk dan jenama yang masih dalam promosi dan tawaran potongan harga sempena Brunei Sales sehingga akhir Januari ini.

    Lolita Carman Bito-on bergambar bersama pemenang kempen pada majlis yang diadakan di Gadong Electrical & Furniture, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...