Pemenang kejohanan pingpong terima hadiah

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – Awangku Mohd Sufi Fakhrullah bin Pengiran Mohd Sufian meraih kejuaraan dalam Kejohanan Pingpong Kadet dan Junior Kebangsaan Brunei 2020 selepas menewaskan Mohd Khairuddin Omar dengan keputusan 4-1 pada peringkat akhir perlawanan tersebut di Kompleks Sukan Menglait, baru-baru ini.

Manakala dalam Kumpulan A, Awangku Hilmanuddin bin Pengiran Haji Baharuddin dan Awangku Abdul Basheer bin Pengiran Mohd Noor menempah tempat di perlawanan separuh akhir, di mana mereka tewas dan mengesahkan kedudukan mereka di tempat ketiga bersama. Dalam Kategori Perseorangan Wanita Bawah 18 tahun pula, Leong Yi muncul sebagai juara, diikuti dengan Cecilia Lu Hui Hui di tempat kedua. Ling Yi Xuan dan Michelle Wong Wei Hui pula masing-masing meraih tempat ketiga bersama.

Manakala Felix Low Guo Zhang mencatatkan kemenangan dalam Kategori Lelaki Bawah 15 tahun selepas menewaskan Mohd Khairul Hadif bin Ali Yusop dengan keputusan 4-2 pada peringkat akhir perlawanan.

Woo Jun Kang dan Awangku Mohd Dzul Ikram bin Pengiran Haji Mohd Yusof pula berkongsi tempat ketiga.

Dalam Kategori Wanita Bawah 15 Tahun pula menyaksikan Ling Yi Zhen muncul sebagai pemenang, diikuti oleh Ling Xing Yee di tempat kedua dan tempat ketiga bersama diraih oleh Dayangku Nur Delisha Damia binti Pengiran Mohd Sufian dan Phoebe Chong.

Turut mencatatkan kemenangan ialah Lim Yeu Jun dalam Kategori Perseorangan Lelaki Bawah13 tahun selepas menewaskan juara bertahan Chin Fong Bin dengan kemenangan 4-2.

Sementara itu, pasangan Awangku Abdul Rasheed bin Pengiran Haji Mohd Noor dan Hong Hui Qin meraih kemenangan dalam Kategori Beregu Campuran Bawah 21 tahun selepas menundukkan pasangan beregu Awangku Mohd Sufi Fakhrullah bin Pengiran Mohd Sufian dan Ling Yi Zhen 3-2 pada peringkat akhir.

Manakala pasangan Mohd Khairuddin bin Omar dan Leong Yi serta Leslie Chin Yi Zhen dan Ling Yi Xuan meraih tempat ketiga bersama.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Presiden Persatuan Pingpong Brunei Darussalam, Pengiran Haji Muhammad Noor bin Pengiran Haji Tajuddin.

Para pemenang ketika sesi bergambar ramai selepas perlawanan tersebut. – Gambar oleh BDTTA