Pemenang kempen Progresif diraikan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Dayang Yasmin Zawanah binti Haji Suhaili bagai menerima durian runtuh apabila diumumkan sebagai pemenang utama kempen Top Up and Win anjuran Progresif Sdn Bhd sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah $3,000, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Progresif, Gadong itu juga menyaksikan Awang Sulaiman bin Awang Salim memenangi hadiah kedua berupa wang tunai $1,000, Haji Daud bin Haji Mumin @ Haji Momin memenangi $700 di tempat ketiga dan Dayang Siti Eirasuliyah binti Mohd Ali di tempat keempat membawa pulang wang tunai $500.

Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pelanggan bertuah ialah Ketua Pegawai Komersial dan Digital Progresif, Awang Adi Iskandar bin Haji Basri.

Ketua Produk dan Segmen Progresif, Abby Chu berkata, kempen berkenaan bukanlah yang terakhir di mana dalam beberapa bulan akan datang lebih banyak produk dan promosi akan dibawakan.

Progresif Top Up and Win merupakan kempen promosi bagi menghargai dan memberikan ganjaran kepada pelanggan dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Kempen menyaksikan penyertaan yang memberangsangkan daripada pelanggan di mana dengan hanya mengisi sekurang-kurangnya $10 atau bagi pelanggan baharu akan memberikan peluang mereka untuk menyertai kempen tersebut dengan hanya membeli starter pack atau menukar provider mereka.

Manakala itu, bagi pelanggan yang melanggan kepada pelan Progresif One Mobile, mereka akan dapat menggandakan lagi peluang mereka untuk memenangi cabutan bertuah berkenaan.

Awang Adi Iskandar bergambar ramai bersama para pemenang kempen tersebut.