Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pemenang kempen Tyremart dirai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Tiga pemenang kempen Giti’s Smile for Many Miles anjuran Tyremart cawangan Serusop telah diraikan dalam majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah baru-baru ini.

    Pemenang bertuah Hajah Yanini binti Awang Naim memenangi jam tangan Philip Stein x Giti, sementara Dayang Siti Munawwarah binti Haji Morshidi memenangi baucar Tyremart bernilai $500 dan Awang Mahboob Ali menerima baucar Tyremart bernilai $300. Menurut kenyataan yang diterima, dalam kempen selama tiga bulan yang berakhir pada 31 Januari lalu, para peserta mengambil bahagian dalam memilih hadiah mereka berdasarkan jumlah yang dipilih.

    Majlis penyampaian hadiah diwakili oleh Pengurus Besar Tyremart, Wong dan dua penyelia, Cheong dan Mia.

    Hajah Yanini selaku salah seorang pemenang berkata, “Saya berasa amat gembira telah memenangi hadiah hari ini. Hari Jumaat yang bertuah.”

    Manakala Dayang Siti pula berkata, “Saya rasa ayah saya akan berasa gembira dengan baucar yang diterima kerana dia berhasrat untuk membeli satu set rim.”

    Giti, menduduki tempat ke-13 dalam Pengeluar Tayar Terbaik Dunia 2021, mempunyai lapan kilang pengeluaran dan mengedar kepada pasaran yang terdiri daripada 130 negara untuk jenama tayar Giti dan GT Radial.

    Wakil Tyremart bergambar bersama para pemenang pada majlis penyampaian hadiah baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...