Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pemenang mewarna tulisan Jawi dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Dayang Basyirah Hafizah binti Omardi dan Awang Muhd Hasbul Hadi bin Haji Halus masing-masing diumumkan sebagai pemenang dalam kategori A dan B dalam acara Maritah Mewarna Tulisan Jawi  yang berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, ibu negara, pagi tadi.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang dan peserta ialah Pegawai Sejarah Kanan, Awang Mohd Shahmi bin Halimshah.

    Maritah Mewarna Tulisan Jawi merupakan peraduan yang mempertandingkan dua kategori di mana Kategori A adalah mereka yang berumur antara lima hingga lapan tahun dan Kategori B pula adalah peserta berumur antara sembilan hingga 12 tahun.

    Setiap peserta akan diberikan satu gambar tulisan Jawi bersaiz A3 untuk diwarnakan mengikuti kreativiti peserta di mana mereka dikehendaki membawa pensel warna atau magic pen mereka sendiri dan hanya diberikan masa satu jam untuk mewarna.

    Peraduan itu adalah sebahagian daripada Program Aktiviti Cuti Sekolah yang merupakan aktiviti tahunan Pusat Sejarah Brunei yang dikendalikan oleh Bahagian Perpustakaan dan Pembelajaran, dan melibatkan semua bahagian di Pusat Sejarah Brunei. 

    Program itu dianjurkan bersempena cuti persekolahan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya kanak-kanak dan belia untuk mengetahui, memahami dan menambah ilmu serta mempelajari tentang persejarahan Brunei.

    Selain pengisian aktiviti yang berbentuk pendidikan bersumberkan bahan-bahan sejarah dan warisan.

    Pada tahun ini, dengan bertemakan ‘Sayangi Sejarah Kitani’, Program Aktiviti Cuti Sekolah mengungkayah dan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik dengan menggunakan pelbagai kaedah permainan atau aplikasi sesuai trend pada masa kini. 

    Awang Mohd Shahmi bergambar ramai bersama para peserta pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, ibu negara, kelmarin.
    Antara hasil kreativiti kanak-kanak yang menyertai acara tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...