Pemenang Mitsubishi Flexi Plan 2020 diraikan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – GHK Motors Sdn Bhd telah mengadakan acara cabutan bertuah bulanan pusingan pertamanya bagi Mitsubishi Flexi Plan 2020, pada hari ini, bertempat di Bilik Pameran GHK Motors, di Beribi.

Seramai 11 pelanggan bertuah diumumkan pada pusingan pertama Cabutan Bertuah Bulanan Mitsubishi Flexi Plan 2020 – Acara Cabutan Bertuah Bulanan.

Awang Esmanto bin Haji Abd Rahman menjadi pemenang bertuah tempat ketiga, berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah $500 dan Awang Johari bin Abdul Hamid menjadi pemenang bertuah tempat kedua dengan hadiah berupa wang tunai $1,000.

Manakala hadiah utama berupa wang tunai $2,500 dimenangi oleh Dayang Yusmaslina binti Haji Awang Othman.

Lapan pemenang lain berjaya membawa pulang hadiah wang tunai yang bernilai $100 setiap seorang.

Alvin Hong Cheong Weng, Haji Haliluddin dan Pauline Goh bergambar ramai bersama para pemenang. – Gambar oleh Muiz Matdani

Hadiah-hadiah saguhati wang tunai dan tempat ketiga telah disampaikan oleh Pengurus Besar GHK Motors, Alvin Hong Cheong Weng. Pengurus Besar Baiduri Finance, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib menyampaikan hadiah wang tunai kedua dan hadiah utama disampaikan oleh Pengarah GHK Motors, Pauline Goh.

Promosi Cabutan Bertuah Bulanan Mitsubishi Flexi Plan 2020 bermula dari 1 November lepas hingga 31 Disember ini.

Pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi layak mendapatkan tiket cabutan bertuah sepanjang tempoh promosi tersebut.

Acara itu diadakan sebagai hadiah untuk pelanggan GHK Motors kerana menyokong jenama Mitsubishi dan juga sebagai sebahagian daripada promosi hujung tahun.

Pusingan kedua Cabutan Bertuah Bulanan Mitsubishi Flexi Plan 2020 akan diadakan pada Januari 2020.