Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pemenang musabaqah Al-Quran dirai

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Majlis Pengumuman dan Penyampaian Hadiah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Daerah Seluruh Negara bagi Tahun 1444H bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diikuti ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. Majlis diteruskan dengan pengumuman keputusan musabaqah yang disampaikan oleh pengerusi jemaah hakim musabaqah tersebut, Awang Mohd Ali Sabri bin Haji Yusof.

    Bagi bahagian lelaki pertandingan tersebut, Awang Zulfadhli bin Haji Awang telah memenangi tempat pertama dengan markah 94.13 peratus, tempat kedua dengan markah 93.68 peratus menjadi milik Pengiran Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki, manakala Awang Abdul Qawiyuddin bin Suhaili mendapat tempat ketiga dengan markah 93 peratus.

    Manakala juara musabaqah bagi bahagian perempuan disandang oleh Dayangku Nurul Sakinah Adawiyah binti Pengiran Ainolazhar dengan markah 91.76 peratus, tempat kedua dimenangi Hajah Noraila binti Haji Metussin dengan markah 91.63 peratus dan Dayangku Alya Syahirah binti Pengiran Haji Jofri menduduki tempat ketiga dengan markah 90.81.

    Para jemputan kemudiannya diperdengarkan dengan bacaan Al-Quran oleh juara qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewan Peringkat Daerah Seluruh Negara bagi Tahun 1444H.

    Tetamu kehormat seterusnya menyempurnakan penyampaian sagu hati kepada para hakim dan hadiah serta sijil penyertaan kepada para peserta.

    Haji Mohammad Rosli menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta qari.
    Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta qariah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...