Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Pemenang musabaqah Al-Quran peringkat dewasa dirai

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 15 MAC – Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf dan Hajah Norzirwatul Fadillah binti Hajah Puteh menjuarai kategori masing-masing dalam Musabaqah Membaca Al-Quran bagi Lelaki dan Perempuan Berumur 40 Tahun ke atas bagi Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 yang berlangsung di Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

    Dalam pertandingan yang berlangsung dua hari hingga hari ini itu, tempat kedua bagi kategori lelaki disandang oleh Haji Sudirman bin Haji Metussin manakala itu, Haji Junaidi bin Haji Sabtu di tempat ketiga.

    Manakala itu, bagi kategori perempuan, tempat kedua dimenangi oleh Dayang Husna binti Basuri dan Hajah Amidah binti Ghafar di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Seramai 19 qari dan 12 qariah dari masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara telah menyertai musabaqah berkenaan yang bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta dalam seni pembacaan Al-Quran secara berlagu serta meningkatkan lagi kualiti pembacaan para peserta ke tahap yang terbaik.

    Dengan menyertai musabaqah ini diharap akan dapat memupuk semangat suka membaca Al-Quran di kalangan peserta dan seterusnya menghayati isi kandungan Al-Quran agar dapat disemai dalam kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara.

    Selain itu, musabaqah ini juga dihasratkan dapat menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran dakwah kepada masyarakat umum.

    Juara musabaqah bagi kategori lelaki, Haji Abdul Rahman ketika menerima hadiah daripada Haji Abdul Rajid.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...