Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pemenang Nobel Filipina bebas tuduhan elak cukai

    MANILA, 18 JAN – Penerima anugerah Nobel Filipina, Maria Ressa hari ini dibebaskan daripada tuduhan pengelakan cukai, antara banyak tuduhan yang dikatakannya bermotifkan politik, menggelar keputusan itu satu kemenangan bagi ‘kebenaran’.

    Ressa, yang berkongsi Hadiah Nobel Keamanan dengan wartawan Rusia, Dmitry Muratov pada 2021, masih berdepan tiga kes lain, termasuk sabitan libel siber yang kini dalam rayuan, yang mungkin bermakna hampir tujuh tahun dalam penjara.

    “Hari ini, fakta menang. Kebenaran menang,” Ressa yang kelihatan menitiskan air mata memberitahu pemberita di luar bilik mahkamah di Manila selepas keputusan mengenai empat tuduhan kerajaan bahawa dia dan syarikat media dalam taliannya, Rappler mengelakkan cukai dalam jualan bon kepada pelabur-pelabur asing pada 2015.

    Ia merupakan pembebasan mahkamah pertamanya sejak kerajaan mantan presiden Rodrigo Duterte mula memfailkan dakwaan-dakwaan terhadapnya. Ressa sebelumnya menggelar kes berkenaan ‘bermotifkan politik’ dan ‘penyalahgunaan kuasa terang-terangan’.

    Mahkamah cukai berkata, para pendakwa telah gagal untuk membuktikan ‘tanpa keraguan munasabah’ bahawa Ressa dan Rappler telah mengelakkan cukai-cukai pendapatan.

    Dalam temu bual berasingan dengan AFP susulan pembebasannya, Ressa berkata keputusan itu adalah satu ‘kemenangan bagi wartawan’ di Filipina dan di seluruh dunia. – AFP

    Maria Ressa bereaksi selepas dibebaskan daripada tuduhan kes mengelak cukai di Mahkamah Rayuan Cukai di Bandar Quezon, Metro Manila, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...