Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Nobel lancarkan perarakan

    NEW DELHI, 11 Sept – Pemenang hadiah Nobel Keamanan, Kailash Satyarthi hari ini memulakan satu perarakan merentasi negeri yang bermatlamat untuk mengetatkan kawalan penyebaran penderaan seksual dan penyeludupan kanak-kanak yang terdedah.

    Satyarthi dan sejumlah penyokong berarak di Kanyakumari di selatan negara itu. Dia berharap untuk mendapat penglibatan satu juta orang di beberapa peringkat perarakan itu menuju New Delhi.

    “Jika anak-anak kita tidak selamat di India, jika anak-anak kita tidak selamat di sekolah-sekolah, lalu kita perlu mengubahnya,” Satyarthi, 63 memberitahu televisyen NDTV.

    “Kita tidak boleh hanya menunggu dan melihat. Seseorang tidak boleh berdiam diri sahaja,” katanya, menggelar penderaan seksual kanak-kanak satu “ancaman yang semakin meningkat atau wabak yang semakin meningkat”.

    Kailash Satyarthi (tengah) ketika mengetuai perarakan tersebut. – AFP

    Perarakan itu akan berakhir di New Delhi pada 16 Oktober selepas dia dan penyokong-penyokongnya membuat perjalanan pada semua 29 negeri dan tujuh wilayah kesatuan sejauh 11,000 kilometer.

    Lebih daripada 9,000 kanak-kanak diperdagangkan di India dalam tahun 2016, meningkat hampir 25 peratus dari tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak.

    Kira-kira 14,000 kanak-kanak adalah mangsa rogol dan gangguan seksual dalam tahun 2015, menurut data yang ditunjukkan oleh Biro Rekod-rekod Jenayah.

    Namun angka itu hanya menunjukkan kesalahan yang nampak sahaja, apabila pakar-pakar mengatakan kerajaan meremehkan jumlah di dalam sebuah negara di mana kebanyakan berdiam diri akan kes-kes sedemikian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda