Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang peraduan menghafaz terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Awang Muhd Khairi bin Abdullah dari Sekolah Menengah (SM) Pengiran Isteri Hajah Mariam Serasa dan Dayang Rabiatul Nadzirah binti Radzuan dari Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, masing-masing muncul juara Kategori Aliran Perdana Lelaki dan Perempuan dalam Pertandingan Menghafaz Ayat-ayat Lazim Sekolah-sekolah Menengah Kerajaan Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran, yang diadakan oleh Unit Pendidikan Khas (UPK) di bawah Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dewan Auditorium Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan ialah, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah dan Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Manakala tempat kedua dan ketiga dalam Kategori Aliran Perdana Lelaki masing-masing disandang oleh Awang Mohammad Akmal Aqil bin Radat dari SM Sayyidina Umar Al-Khattab dan Awang Eddy Iswandy bin Ismail dari SM Sayyidina Husain.

    Bagi Kategori Aliran Perdana Perempuan pula, tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Dayang Siti Izzah Aaliyah binti Zufri dari SM Rimba II dan Dayang Iffah Nazihah binti Mohd Ali Sabri dari SM Sayyidna Husain.

    Tetamu kehormat ketika menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Program Pra-Vokasional.
    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Aliran Perdana Perempuan.

    Sementara itu Kategori Program Pra-Vokasional Lelaki dan Perempuan, masing-masing dimenangi oleh Awang Abdul Mumin bin Abdullah Mutalif dari SM Sayyidina Abu Bakar dan Dayang Nurulain Syafiqah binti Khalid Saban dari SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

    Ampuan Muhammad Aimann Syahmi bin Ampuan Haji Mohammad Sahrol Amiruddin dari SM Sayyidina Hassan dan Awangku Muhd Amir Zaki bin Pengiran Haji Abarahim dari SM Rimba pula masing-masing tempat kedua dan ketiga dalam Kategori Program Pra-Vokasional Lelaki.

    Bagi Kategori Program Pra-Vokasional Perempuan pula, tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Siti Noraini binti Abdul Razak dari SM Pehin Datu Seri Maharaja dan tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Ridwanah Batrisyah binti Awang Raduan dari SM Tanjung Maya.

    Seramai 15 pelajar berkeperluan khas dari Tahun 7 hingga Tahun 11 dari seluruh negara di bawah UPK telah menyertai pertandingan berkenaan iaitu empat lelaki dan tiga perempuan bagi Kategori Aliran Perdana, empat kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan di bawah Kategori Program Pra-Vokasional.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda