Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang peraduan menulis esei KACA diumumkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Seramai 12 orang pelajar dari tujuh buah sekolah rendah, hari ini, diumumkan sebagai pemenang dalam Peraduan Menulis Esei KACA sempena Ulang Tahun KACA ke-34.

    Penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang pada majlis yang diadakan di Pusat KACA, Kampung Kiulap telah disempurnakan oleh Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

    Tempat pertama bagi pelajar Tahun 4 telah dimenangi oleh Dayang Halimatun Sa’diah @ Nurkhairina binti Jupprindi dari Sekolah Al-Falaah, Kampung Sungai Akar manakala itu, bagi Tahun 5, tempat pertama disandang oleh Dayangku Wajihah binti Pengiran Khairul Nazri dari Sekolah Stella dan Dayang Siti Nur Khazain Haziqah binti Haji Muhd Kaseh dari Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei, Madang diumumkan sebagai pemenang pertama bagi pelajar Tahun 6.

    Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman dalam ucapannya menjelaskan, peraduan berkenaan merupakan yang kelima diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun KACA untuk murid sekolah rendah kerajaan dan swasta di negara ini.

    Dato Paduka Haji Zainal menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang peraduan tersebut.
    Dato Paduka Haji Zainal bergambar ramai bersama pemenang Peraduan Menulis Esei KACA sempena Ulang Tahun KACA ke-34.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda