Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang Peraduan Senyum KACA terima hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seramai 26 orang kanak-kanak Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) dan 42 orang ibu bapa dan sukarelwan menyertai Peraduan Senyum KACA sempena Ulang Tahun KACA ke-31 tahun.

    Sehubungan itu, majlis penyampaian hadiah bagi peraduan berkenaan telah berlangsung hari ini di pusat berkenaan di Kampung Kiulap dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Presiden KACA, Dato Paduka Haji Zainal bin Haji Momin.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian hadiah berkenaan ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman serta warga KACA.

    Antara lain tujuan peraduan adalah untuk memberi galakkan dan mengembangkan kemahiran interaktif dalam kalangan peserta melalui projek kreativiti dan kesenaian dengan sokongan dan bimbingan kakitangan, sukarelwan dan ibu bapa serta penjaga.

    Gambar ramai pemenang peraduan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda