Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pemenang peraduan ‘Snap and Win’ dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Lapan pelanggan OKKY Jewellery yang menyertai peraduan ‘Snap & Win OKKY Jewellery‘ anjuran Good Virtues Co dan Bad Lab Brunei membawa pulang baucar hadiah bernilai $200 dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di pejabat DCH Auriga (Borneo) di Kampung Jangsak, hari ini.

    Pemenang yang berjaya dalam pertandingan itu ialah Hajah Rynna, Awang Fakhri Marzuqi, Awang Suhrawadi bin Haji Osman, Tang Wee Ho, Liaw Hong Siong, Awang Muhammad Aiman bin Rosli, Dayang Noor Aziemah Ahmad dan Eric Soh Chen Tiong.

    Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Penyelia Kanan DCH Auriga (Borneo), Jaymee Lau. Dalam tempoh dua bulan peraduan yang berlangsung dari 1 April hingga 31 Mei 2022, pelanggan hanya perlu membeli produk Bad Lab atau Good Virtues Co di cawangan Guardian Brunei dengan jumlah pembelian $15 ke atas untuk melayakkan diri bagi memenangi Baucar Hadiah Barang Kemas OKKY.

    Jaymee Lau menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada majlis yang berlangsung kelmarin.- Gambar serahan DCH Auriga (Borneo)
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...