Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pemenang pertandingan Peket TBC dirai

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Pelajar Tahun 9 dari Sekolah Menengah Chung Hwa, Dayang Hiroko Alya binti Mohd Sabri membawa pulang wang tunai $388 apabila diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam Pertandingan Peket Tahun Baharu Cina (TBC) 2023.

    Tempat kedua pula dimenangi oleh pelajar Tahun 10, Tan Rou Jun yang membawa pulang hadiah $288 dan diikuti oleh Chiew Yu, pelajar Tahun 7 yang membawa pulang $188.

    Manakala itu, tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Hebe Liaw Wen Hui pelajar Tahun 10 dan Vanessa Voon, pelajar Tahun 4, yang membawa pulang $88 setiap seorang.

    Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Pesta Pengguna ke-26 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini, di mana hadir menyempurnakan penyampaiannya ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar; Pengurus Besar Bank of China, Dr Li Feng dan Ketua Pegawai Risiko Bank of China, Andrew Young Chee Ann.

    Majlis turut menyaksikan Progresif menyampaikan tiga sijil dan hadiah kepada pelajar artis muda iaitu Ang Jiexin, Rachel Tin Xiang Tin dan Elroy Wong Chun Dc.

    Hajah Nurul Haniah, Dr Li Feng dan Andrew Young bergambar ramai bersama pemenang Pertandingan Peket TBC 2023 pada majlis yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin. – Gambar serahan Progresif

    Pertandingan yang diadakan dengan kerjasama Bank of China itu dibukakan kepada sekolah berkenaan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat dan kreativiti dalam mereka bentuk peket TBC yang unik.

    Tema pertandingan iaitu ‘Tahun Arnab’, melambangkan belas kasihan, keanggunan dan kecantikan.

    Menurut Progresif, memberi sokongan kepada seni dan budaya adalah aspek penting dalam komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

    Dengan menyediakan peluang kepada artis tempatan mempamerkan bakat dan mendapatkan wang hasil kerja mereka, Progresif membantu memupuk masyarakat kreatif di Brunei.

    Sama dengan musim perayaan Hari Raya, Pertandingan Peket TBC merupakan satu daripada cara Progresif menyokong seni dan mempromosikan kepentingan kreativiti dalam budaya.

    Pelanggan Progresif boleh mendapatkan peket TBC eksklusif berkenaan apabila membuat pembayaran bil, melanggan, bertukar atau kontrak semula dengan Progresif di semua cawangannya sementara stok masih ada.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...