Pemenang Piala Dunia Andre Schuerrle bersara

BERLIN, 19 JULAI – Pemain sayap Jerman, Andre Schuerrle (gambar bawah) kelmarin mengumumkan persaraannya, pada usia 29 tahun, tatkala beliau berkongsi pengalamannya sebagai pemain profesional bola sepak.

Pada Rabu lalu, Borussia Dortmund membatalkan kontrak bekas pemain Chelsea itu atas persetujuan bersama dengan berbaki satu tahun lagi.

“Anda selalu harus memainkan peranan tertentu untuk bertahan dalam perniagaan, jika tidak, anda akan kehilangan pekerjaan dan tidak akan mendapat pekerjaan lain,” beritahu Schuerrle kepada majalah Der Spiegel. “Hanya prestasi di padang yang pen-ting. Kecermelangan dan kelemahan tidak harus wujud pada bila-bila masa,” tambahnya.

“Saya tidak perlu diberi tepukan tangan lagi.”

Schuerrle berkata Brazil 2014 adalah ‘masa yang paling indah dalam hidup saya’ dan melihat masa bersama pasukan kebangsaan Jerman ketika itu sebagai yang terbaik. Dia mengakui prestasinya semakin menurun sejak beliau bermain di bawah Jose Mourinho selama dua tahun di Stamford Bridge dari 2013 hingga 2015.

“Saya tidak mahu lagi bermain bola sepak. Saya sudah selesai sepenuhnya,” Schuerrle mendedahkan. Dia kembali ke Bundesliga pada tahun 2015 bersama Wolfsburg dan setahun kemudian beliaa menyertai Dortmund dengan harga 30 juta euro (AS$34 juta), tetapi itu bukan tindakan yang berjaya. –AFP