Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Pemenang Piala Dunia Wanita, Guerrero sertai United

    LONDON, 14 SEPT – Manchester United menandatangani pemenang Piala Dunia Sepanyol, Irene Guerrero dari Atletico Madrid, hari ini ketika Red Devils menyasarkan gelaran Liga Super Wanita buat pertama kalinya.

    Pemain tengah berusia 26 tahun itu merupakan pemain keenam yang ditandatangani oleh United sejak me-reka menduduki tempat kedua dalam WSL dan tewas di final Piala FA kepada Chelsea musim lalu.

    Guerrero merupakan ahli skuad Sepanyol yang menewaskan England 1-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Sydney bulan lalu.

    “Saya berasa sangat gembira dan sangat bersyukur berada di sini,” kata Guerrero.

    “Saya amat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Manchester United dan berharap untuk mencapai semua matlamat kami bersama-sama.”

    Gambar Freepik

    Bos United, Marc Skinner berkata “Irene merupakan pemenang Piala Dunia yang kualitinya merupakan tambahan yang sangat baik kepada pasukan kami.

    “Pengalaman yang dibawanya, di peringkat domestik dan antarabangsa, akan menjadi kunci ketika kami mengejar kejayaan merentasi pelbagai pertandingan yang kami hadapi musim ini.”

    Skinner telah merombak skuadnya, dengan mendatangkan penjaring terbanyak Piala Dunia, Hinata Miyazawa dari Jepun, Gemma Evans, Geyse, Emma Watson dan Evie Rabjohn.

    Tetapi United kehilangan penyerang England, Alessia Russo kepada pesaing Arsenal dengan perpindahan percuma dan berdepan perjuangan untuk mempertahankan penjaga gol utama mereka, Mary Earps.

    Salah seorang wira Lionesses dalam perjalanan ke final Piala Dunia, Earps memenangi Sarung Tangan Emas sebagai penjaga gol terbaik dalam kejohanan itu.

    Arsenal juga telah dikaitkan dengan Earps, yang mempunyai baki kontrak selama satu tahun di United. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...