Pemenang promosi boustead dipilih

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Boustead Sdn Bhd, hari ini, telah mengadakan majlis cabutan bagi memilih pemenang promosi S-Presso Lucky 20 dan Fortune Drive yang berlangsung di Bilik Pameran Suzuki Boustead, Beribi.

Pada majlis itu, Awang Mohd Junidi bin Baharudin, Dayang Radiatul Adawiyah dan Awang Adi Dzaariyah T bin Ahmad diumumkan sebagai pemenang komputer riba bagi promosi S-Presso Lucky 20 sementara itu, 17 pemenang lain menerima hadiah-hadiah seperti fon telinga tanpa wayar, jam pintar, Corkcircle dan minuman dari Cofee Bean and Tea Leaf, Starbucks dan Roasted Sip.

Manakala Awang Mohamad Rudinasrin diisytiharkan sebagai pemenang acara Fortune Drive dengan memenangi wang tunai $300.

Cabutan telah dibuat oleh Pengurus Pemasaran Boustead Sdn Bhd, Alvin Kho; Penolong Pengurus Jualan Boustead Sdn Bhd, Wang Kai Chun; Pengurus Cawangan Kuala Belait, Shirley Chan dan Pengurus Cawangan Gadong, Awang Sofian bin Haji Bahar disaksikan oleh para pengamal media tempatan.

Para pemenang akan dimaklumkan bagi arahan selanjutnya untuk mendapatkan hadiah masing-masing. Menurut kenyataan yang diberikan, promosi cabutan bertuah S-Presso Lucky 20 yang bermula lewat Januari hingga Mac lalu itu berobjektif untuk menjana minat dan rasa ingin tahu sebelum model tersebut diperkenalkan kepada orang ramai.

Para peserta hanya perlu mengisi kad undian bertuah dan 20 teratas akan dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah menarik berkenaan. Nama S-Presso diilhamkan daripada minuman kopi kegemaran universal espreso yang menonjolkan ciri-ciri kuat, teguh dan berani.

S-Presso adalah lambang kemudaan (youthfulness), daya hidup dan tenaga yang menyerupai gaya hidup penonton sasarannya.

SUV mini S-Presso sesuai bagi pelanggan yang sentiasa berubah dan telah mengukir niche dalam segmen peringkat kemasukan (entry). Manakala itu, Fortune Drive adalah kempen uji pandu yang diadakan awal tahun ini, di mana peserta yang telah mengambil bahagian dalam acara tersebut diberikan hadiah-hadiah bertuah yang terdiri daripada makanan dan minuman yang menarik dan baucar membeli-belah. Di samping itu, seorang peserta bertuah dipilih untuk memenangi hadiah utama baucar tunai $300. Suzuki S-Presso terbaharu boleh disaksikan di semua bilik pameran Suzuki di Beribi, Gadong dan Kuala Belait atau menerusi media sosial Suzuki Brunei.

Pihak pengurusan Suzuki semasa membuat cabutan memilih pemenang bagi promosi S-Presso Lucky 20 dan Fortune Drive di Bilik Pameran Suzuki Boustead, Perindustrian Beribi. – Gambar oleh Muiz Matdani