Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang promosi Hyundai terima hadiah

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Okt – Sepuluh orang pemenang bertuah yang telah memuat turun aplikasi mudah alih Setia Motors sepanjang tempoh promosi telah menerima hadiah masing-masing pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd, Beribi, di sini, hari ini.

    Penyampaian hadiah berupa Samsung Tab A dan baucar membeli-belah telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Hyundai, Fadhillah Sulaiman.

    Sepanjang promosi yang diadakan pada 1 Ogos sehingga 30 September lalu berkenaan telah menyaksikan kira-kira 600 orang pelanggan mendaftar untuk menggunakan aplikasi itu.

    Manakala itu, cabutan bertuah pusingan kedua telah bermula pada 1 Oktober lalu sehingga 31 Disember ini.

    Para pemenang bergambar ramai bersama Fadhilah Sulaiman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda