Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang promosi Lebaran AIFA terima hadiah

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Iftikhar menjadi pemenang bertuah yang membawa pulang pakej TV Pintar LED AIFA 86” dan teater rumah Pevy sebagai hadiah utama dalam Promosi Cabutan Bertuah Tawaran Lebaran AIFA dalam majlis penyampaian hadiah, baru-baru ini.

    Beliau merupakan salah seorang daripada 37 pemenang yang dipilih oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soung Eun dalam acara cabutan yang diadakan hujung bulan lalu.

    Sementara itu, pemenang kedua, Dayang Noor Hasimah binti Abdul Latif membawa pulang peti sejuk Door-in-Door LG dan Awangku Muhammad Abdul Wafi bin Pengiran Sulaiman di tempat ketiga memenangi Standing Cooker dengan Cooker Hood Elba.

    Para pemenang lain pula membawa pulang pelbagai peralatan elektrik menarik lain seperti TV pintar, peti sejuk, penyaman udara, periuk induksi, cooker hoods, pembersih vakum, dispenser air, kipas siling dan kipas berdiri serta banyak lagi di mana kesemua hadiah bernilai
    $24,000.

    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan AIFA, Dr Andy Lau. Turut hadir ialah Pengurus Besar AIFA, Lily Ngo dan Pengarah, Pengiran Yusmazulawadi bin Pengiran Haji Mohd Yussof.

    Dr Andy Lau bersama pemenang utama promosi AIFA berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda