Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemenang promosi NBT terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Dua orang pelanggan NBT (B) Sdn Bhd berjaya membawa pulang hadiah lumayan selepas terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah Promosi ‘Toyota Grand 3’ yang berlangsung di Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Dalam cabutan itu, Hajah Kasmah binti Haji Jumat selaku pemenang pertama membawa pulang sebuah kereta Toyota Sienta, manakala Loh Wei Yu pula membawa pulang sebuah kereta Toyota Corolla Altis.

    Hajah Kasmah yang merupakan seorang guru agama, tidak menyangka sama sekali akan membawa balik sebuah kereta Toyota Sienta dan beliau amat berterima kasih kepada pihak NBT (B) Sdn Bhd.

    “Saya membeli sebuah kereta Toyota Avanza pada bulan Februari tetapi memenangi cabutan bertuah hari ini jauh daripada pemikiran saya,” kata Hajah Kasmah dengan kegembiraan jelas terpancar di wajahnya.

    Wakil Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil menyampaikan replika kunci Toyota Sienta kepada Hajah Kamsah.
    Loh Wei Yu membawa pulang kereta Toyota Corolla Altis selepas muncul sebagai pemenang kedua.
    Pemenang utama cabutan bertuah Promosi ‘Toyota Grand 3’ bergambar ramai bersama para pemenang yang lain.

    Sementara itu, Loh Wei Yu yang memenangi kereta Toyota Corolla Altis, memberitahu Media Permata beliau merasa sangat teruja dan gembira kerana benar-benar tidak menyangka sama sekali akan membawa balik sebuah kereta Toyota Corolla Altis.

    Hadir selaku tetamu undangan bagi membuat cabutan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah wakil Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil, Awang Irwan bin Lamit dan Pengurus Am Baiduri Finance Berhad, Haji Haliluddin bin Dato Haji Talib.

    Selain itu, pemenang hadiah sagu hati Promosi ‘Toyota Grand 3’ yang bermula dari 1 Januari hingga 31 Mac itu juga membawa pulang pelbagai hadiah menarik berupa baucar beli-belah, iPhone X dan banyak lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda