Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pemenang promosi Riang Raya bersama Proton terima hadiah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Dayang Fatimah binti Haji Gapor membawa pulang baucar tunai $3,000 setelah diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah promosi Riang Raya bersama Proton anjuran Pad Motors Proton Brunei.

    Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bilik Pameran Pad Motors, Beribi hari ini, Haji Ahmad Zafir bin Haji Ibrahim memenangi hadiah kedua berupa baucar tunai $1,500, manakala Dayang Siti Farhanah binti Haji Mohd Sapami memenangi hadiah ketiga berupa baucar tunai $800.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pelanggan bertuah ialah Ketua Jualan dan Pemasaran Proton Brunei, Awang Ibnu Sharul bin DSLJ Haji Ismail.

    Selain itu, tiga pelanggan bertuah lain telah membawa pulang hadiah hamper.

    Enam pelanggan yang dijemput tersebut merupakan pelanggan-pelanggan bertuah hasil undian daripada seramai 120 pelanggan Proton Brunei yang telah membeli kenderaan Proton antara 1 April hingga 30 Jun lalu.

    Awang Ibnu Sharul bergambar ramai bersama para pelanggan bertuah promosi Riang Raya bersama Proton pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Bilik Pameran Pad Motors, Beribi, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...