Pemenang Royal Skies terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Majlis penyampaian hadiah Royal Skies One Million Miles untuk bulan Februari 2019 telah diadakan di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei di ibu negara hari ini.

Senarai pemenang untuk bulan Februari lepas ialah Awang Mohd Shukri Ramlee yang memenangi 100,000 Royal Skies Miles (RSM), Hock Lai Poh (50,000), Noor Zainatun Zainuddin (20,000), Paul Booth (20,000) dan Sylvia Lim Ngah Hui (20,000).

Sementara itu, Ken Lu Koh, Zulliza Muhd Alizul, Cheepin Lim dan Helen Ruth Milner masing-masing menerima hadiah selepas berjaya mengumpul 10,000 RSM.

Hadir pada majlis penyampaian hadiah berkenaan ialah dua orang pengurus di RB, Fung Siew Mun dan April Chu.

Para pemenang Royal Skies bergambar ramai selepas menerima hadiah, kelmarin.