Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemenang Suzuki Home Make Over dirai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Setelah melalui tiga pusingan permainan, Dayang Faizah binti Sarikon muncul sebagai pemenang utama Cabutan Bertuah Suzuki Home Make Over dan membawa pulang rumah kabin serta baucar Urban Deco bernilai $5,000 dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Beribi, hari ini.

    Dalam acara yang dikendalikan oleh Boustead Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Suzuki Automobile di Negara Brunei Darussalam itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Dayang Kaltum binti Haji Tamin yang membawa pulang baucar Urban Deco bernilai $4,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Nur’Aliah binti Muhammad Azwan yang memenangi baucar Urban Deco bernilai $3,000. Tempat keempat pula dimenangi oleh Awangku Mohamad Amirudin bin Pengiran Chuchu yang membawa pulang baucar Urban Deco bernilai $2,000 dan hadiah kelima dimenangi oleh Dayang Nurrabi’atul’aini binti Talipudin yang menerima baucar Urban Deco bernilai $1,000.

    Sementara itu, lima orang pemenang membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar Urban Deco bernilai $500. Hadiah utama bagi acara berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Jin Lee Lim. Sementara hadiah tempat kedua hingga kelima disampaikan oleh Penolong Pengurus Jualan Suzuki Brunei, Wang Kai Choon dan hadiah sagu hati disampaikan oleh akauntan dari Interline Sdn Bhd, Leong Nyuk Yun.

    Dayang Faizah menyatakan perasaan gembira dan penghargaan kepada Boustead melalui penganjuran acara cabutan bertuah berkenaan.

    Beliau yang memenangi hadiah utama bagi acara itu, kini akan berurusan dengan Interline Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah rumah kabin yang menepati cita rasanya tersendiri di mana beliau boleh menjadikan rumah kabin itu kepada sebuah bilik tidur, ruang tamu, gim persendirian atau ruang pejabat bagi kegunaan mereka sendiri.

    Jin Lee Lim, Wang Kai Choon dan Leong Nyuk Yun bergambar ramai dengan para pemenang bagi Cabutan Bertuah Suzuki Home Make Over yang berlangsung di Dewan Pameran Suzuki, Beribi, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...