Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemenang Terbuka BDGA dirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Mohd Aritz Maldini bin Haji Abdul Majid dinobatkan sebagai pemenang kejohanan Terbuka Gross Brunei Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) 2022 bagi kategori Terbuka Gross dengan 74 pukulan yang berlangsung di Royal Brunei Golf and Country Club (RBGCC), Jerudong, hari ini.

    Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama BDGA dan Pertubuhan Pemain Golf Senior Brunei Darussalam (BDASG) itu berlangsung selama dua hari yang bermula pada 30 Julai 2022 hingga hari ini dengan format permainan stroke play.

    Hadir semasa majlis penyampaian hadiah ialah Presiden BDGA, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem.

    Sementara itu penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden BDASG, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

    Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan seramai 140 orang yang mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu Terbuka Senior, Terbuka, dan Terbuka Wanita. Haji Abdul Khalid Latip muncul sebagai juara bagi kategori Terbuka Senior Nett dengan 68 pukulan manakala Johari Ahmad memenangi dalam kategori Terbuka Senior Gross dengan 76 pukulan. Azni Abdullah pula memenangi kategori Terbuka Nett dengan 72 pukulan.

    Sementara itu pemenang dalam kategori Terbuka Wanita Gross dimenangi oleh Almas Syadzwani Kamis dengan 91 pukulan dan dalam kategori Terbuka Wanita Nett dirangkul oleh Salyrinah DP Yahya dengan 73 pukulan.

    YAM Pengiran Muda Abdul Hakeem (kanan) hadir semasa majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kategori Terbuka BDGA kelmarin.
    Presiden BDASG (kanan) menyampaikan hadiah kepada Mohd Aritz Maldini yang memenangi acara Terbuka Gross Brunei kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...