Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Dayang Nur Syahirah Munirah binti Shahminan berpeluang melancong ke Melbourne, Australia dan menyaksikan kejohanan tenis Terbuka Australia selepas majlis cabutan dan penyampaian hadiah bagi Cabutan Bertuah Kia: Road to Inspiration Australian Open, hari ini.
Hadiah utama itu asalnya dimenangi oleh Dayang Harthini binti Haji Puasa yang bertukar kemenangannya dengan Dayang Nur Syahirah Munirah yang asalnya memenangi hadiah kedua berupa Samsung Galaxy Z Flip 4 256GB.
Hadiah ketiga berupa Apple Watch Series 8 45mm pula dimenangi oleh Dayang Nurjariah binti Mohd Salleh.
Manakala itu, 12 orang lagi pemenang lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa baucar bernilai $500 setiap seorang.
Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang di Bilik Pameran Kia, Beribi ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho.
Dayang Nur Syahirah Munirah ketika ditemu bual berkata, beliau tidak menyangka akan memenangi hadiah utama berkenaan, dan ia akan menjadi kali pertama beliau ke Australia.
Beliau merancang untuk pergi ke Melbourne menyaksikan kejohanan tenis berkenaan bersama keluarga.
Promosi anjuran Grand Motors selaku pengedar eksklusif kenderaan Kia di Brunei itu disertai kira-kira 600 orang pelanggan dari Daerah Brunei dan Muara, dan Belait yang membeli kenderaan Kia.