Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pemerhati burung kongsi pengalaman

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 29 JULAI – Sebagai usaha untuk mengetengahkan pelbagai spesies burung yang terdapat di Brunei dan Pulau Borneo, pemerhati burung terkenal iaitu Awang Husini bin Bakar yang juga dikenali dengan nama Kantalensa telah menyampaikan taklimat untuk pemerhati burung lain di Daerah Belait pada 27 Julai lalu.

    Diadakan di Bilik Pelangi, Kelab Panaga, Seria, taklimat berkenaan dihadiri oleh beberapa orang ahli kelab berkenaan dan ahli-ahli dari Panaga Natural Society History (PNSH) serta pemerhati burung dari Daerah Belait.

    Dengan mengadakan taklimat itu, Awang Husini menjelaskan kepada media bahawa ia membantu mengumpulkan orang yang mempunyai minat sama dalam memerhatikan burung, pada masa yang sama berkongsi pelbagai spesies burung yang boleh ditemui di daerah ini.

    Beliau berharap untuk mengendalikan taklimat serupa serta aktiviti pemerhatian burung lain bersama kumpulan-kumpulan dan orang yang mempunyai minat sama, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu mengetengahkan hobi memerhatikan burung.

    Oleh itu, kebanyakan topik yang disentuh semasa taklimat itu termasuk bagaimana
    Awang Husini memulakan aktiviti memerhatikan burung, berkongsi pelbagai spesies burung yang telah digambarnya di seluruh negara, serta bagi ahli-ahli lain yang hadir berkongsi pengalaman mereka dalam memerhatikan burung.

    Awang Husini juga telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Colorful Feather: Selected Birds of Brunei and Borneo, yang dicetak oleh Brunei Press, dan boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh negara.

    Awang Husini berbual bersama beberapa hadirin ketika mereka berkongsi pengalaman dalam memerhatikan burung.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...