Pemerhati EU digesa hormati kedaulatan Venezuela

BUENOS AIRES, 21 NOV – Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata pemerhati Kesatuan Eropah (EU) pada pilihan raya perbandaran dan wilayah yang diadakan pada Ahad mesti mematuhi undang-undang.

“EU perlu menghormati legitimasi kuasa Venezuela dalam proses pilihan raya #21Nov ini.

“Tiada negara di dunia boleh memberikan keputusan mengenai kesahihan sesebuah negara dan proses kedaulatan,” tulis Maduro di Twitter semalam, lapor Sputnik. – Bernama