Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pemeriksaan alat sukatan stesen minyak bagi Nov

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Beberapa buah stesen minyak dijadualkan untuk ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan untuk pam minyak bagi November ini.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian.

    Menurut unit itu, langkah tersebut selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 15, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

    Stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, dianggarkan mengambil masa 2 hingga 3 jam.

    Penutupan stesen-stesen minyak tersebut telahpun dijadualkan pada 7 sehingga 10 November, kemudian pada 12, 15, 17, 21 dan 24 November.

    Ia membabitkan sejumlah besar stesen minyak di keempat-empat daerah sepanjang tarikh itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...