Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemeriksaan Imigresen berjalan lancar

    LABUAN, 4 Mei – Pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Labuan berjalan lancar selepas tiga hari dikuatkuasakan.

    Ketua Imigresen Lapangan Terbang Labuan Fatrick James berkata peringkat awal pemeriksaan itu yang melibatkan penerbangan domestik Labuan-Kuala Lumpur-Labuan, akan hanya menumpukan kepada dokumen pengenalan diri dan tidak akan menjejaskan dasar ‘Aliran Bebas’ imigresen sedia ada.

    Dalam kenyataan kepada Bernama hari ini, beliau berkata dasar imigresen yang baru dilaksanakan itu terpakai pada penerbangan domestik yang tiba/berlepas menuju/dari Sabah serta Sarawak secara berperingkat.

    “Pelaksanaan pemeriksaan itu menunjukkan kerajaan serius dalam memantau aliran keluar masuk pengembara atau pendatang tanpa izin, selain bertujuan memastikan Lapangan Terbang Labuan tidak dijadikan laluan keluar masuk bagi sebarang aktiviti jenayah,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda